Wednesday, September 30, 2015

I am Lejen ?

Lejen press. Siapa tak tahu kan penerbitan paling bombastik famous kebabom kau ha. Keluaran lejen press memang mantop, the fictions all so attractive and cool. Indie novels aku panggil. Well. Indie..=indipendent... kaitan? entah~ Kadang-kadang tahap merepek aku 100k x kalah Mr. Bean.

Hari tu la, bila entah masa ada PC Fair kat Dewan besar UPM, aku pun pergilah dengan roomates, Khai and Ju. Masa tu plan nak pergi Plaza Berjaya kat KL sanun pasainya haaaaaaaa xperia z3 compact kesayangan aku tu la buat hal. Next entry lah aku cerita pasal phone noob aku tu. So, back to the title, sesampainya aku di dewan besaq nuh, mata duk usya la sekeliling, pe ada PC fair ni. Banyak tudung ada la especially cotton creep bagai. Ni PC Fair ke Cotton Creep Fair? *gelak terbelahak guling-guling hentak kaki atas lantai sampai senak perut* Ok, jalan-jalan nampaklah juga segala PC hardware. Harga kemain murah bak hang. Tak terhabaq weh. RM10 each headphone. Tengok brand, beats. Aku punya la ternganga, biar betik tembikai susu bagai, Beats kot. Dalam hati *pirate punya letew* >< ah, tak kisah la. Lepastu pendrives, mouses, keyboards, gaming keyboards, usb cables, earphones, speakers etc. Aku tengok harga gaming keyboard tu, sama je harga kat luar, mana promotion for fair nya kan. Aku tanya tauke tu, aunty tu jawab RM75 boleh bagi 70. Aku cakap la kat luar boleh dapat 60 la aunty, boleh la 60, kalau 60 saya angkat. Aunty tu reply la, 'mana boleh, saya business, you angkat 68 la last la saya kasi. At the end aku tak beli pun sebab aku saja acah-acah nak beli, ada conversation dengan aunty tu sebab bosan sangat tunggu roomate aku cari headphone, pendrive segala. HAHA Buang tebiat gak aku ni kengkadang. Em, maybe selalu. xD Lalu aku terus la pusing-pusing dalam dewan tu.

Tiba-tiba! ha kau, suspen ni, jantung berdebar-debar nak tahu kan, aku ternampak la booth lejen press which jual novel keluaran penerbitan lejen dan fixi. Aku tak pernah ada koleksi novel indie macam ni lagi. Semua kat rumah stok-stok novel islamik je mak belikan, buku-buku ilmiah, sejarah para pejuang islam, non-fiction, fakta, menarik kah? Mungkin menarik bagi you all, tapi bosan bagi aku walaupun semua buku mak beli jauh lebih baik berbanding buku yang AKU NAK BELI NI.

Haha. Since jap lagi lepastu nak pergi KL, aku malas la beli apa-apa yang berat, aku just beli button 3 for RM10. Buttons apa je aku beli, logo League of Legends, Clash of Clans dengan lagi satu hero Antimage Dota 2. . Aku merisik je dulu dewan tu, tengok apa ada. Keesokan harinya, baru aku hantar rombongan bertunang lak ke dewan besar semestinya dengan PC Fair tu la. :P haha. Aku datang hari kedua ni lewat sikit dekat pukul 6. Padahal engkorang tahu tak malam tu exam agriculture tak silap. YES SERIOUSLY. XD Tujuan aku datang nak beli buttons tu lagi. T_T CANTIK! Aku cuma.. suka! sangat. Nak belilah lagi 3 nak tunjuk kat abang aku, dan maybe kalau baik hati belanja dia satu dua button sekali especially kalau aku tunjuk kat dia semua hero dota 2 ada button dia kat sini. Mesti menggila la dia. Adik dia pun dah berpinar tengok buttons D2, LOL n so on banyak2 apatah lagi abang dia yang 101% hardcore gamer ni kan. Malangnya! Ye lah, sebab dah datang pun nak dekat pukul 6, yang jual buttons tu dah bungkus dah. Aku kecewa gila, aku dah tak tau dah nak jawab agriculture malam tu macam mana sebab kecewa kerana tak dapat beli buttons tu je. *HAHA SERIOUSLY ME? POYO* So, nak menghilangkan kedukaan aku pergi jalan lagi, nampak booth novel lejen dengan fixi lagi. Aku saja belek-belek tunggu roomate aku lagi sebab kali kedua ni pergi dengan Khai, Ju and Alia. Depa nak shopping tudung kateko. Bukan main banyak aih dorang borong.

Sedang belek-belek novel kat depan mata ni, abang yang jual tu tanya la, entah nak berkenalan ke mengorat ke nak sembang meja kopi ke nak muqaddimah promote novel ke.. aku pun tak tahu. Dia tanya la student first year degree ke? Aku laju je balas, 'eh tak lah. Asasi.' hahahahaha dia pun ber-ohhh.. then terus start, 'dik belilah buku ni kita ada promotion beli 3 RM50 je. Aku pun macam wow, boleh tahan murah. Pernah jumpa kat instagram, 3 for RM55. Kalau beli 1 RM20. rugi sangatlah kan. Jadi, aku yang tak pernah lagi baca buku fixi ni, mintalah di suggestkan oleh abang kacak eh? entahlah, kacak tak kacak aku peduli apa. So, aku end up beli Kacau, Lelaki Eksistensial dengan Pergi Mati. FUH, sehelai not 50 aku melayang digantikan dengan 3 buah buku. Pastu, sempat lagi abang tu kasi button free, katanya, "sebab adik beli, abang bagi satu button free, nak yang mana?". Aku dah 'wo seriously' gitu, dengan kecewa tak dapat button logo game, dapat pula free button 'I AM LEJEN' dari abang kacak. Aih tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu, tuah aku nak dapat button dah nampak dah tu xD HAHA *HASHETEK KAITAN*

Maka, aku pun mampu menjawab exam malam tu dengan tenang bersama senyuman dibibir. Bukan sebab soalan tu dapat jawab dengan mudah tapi sebab dah habiskan RM50 sekaligus pada sepetang sahaja dengan buku novel tajuk yang rare dan paling penting dapat......free button! Kahkahkah.

Konklusinya, lejenkah aku?